MANZARINA BLOGS
MANZARINA LINKS

WLA BANNER
MY MAGAZINE

MANZARINA TUA

Tuesday, October 19, 2010

Teman Kesunyian

untuk menghilangkan keboringan yang melanda hatiku ini...uiceh...
aku pun on lah blog aku ni....dah letih mengedit design jer... biar pulak aku menulis blog...
dah lama benar aku tak menulis blog...buat kata orang...rumah nampak cantik tapi tiada penghuni tiada gunanya... uiceh...terkeluar pulak peribahasa ni dari kotak pikiran aku...pepagi gini...
leh jadi sepupu-sepapat karam sigh walia gini....

Biar aku terang kan maksud peribahasa yang aku karang tadi "rumah nampak cantik, tidak berpenghuni"...
Sama lah dengan keadaan blog aku ni...dah design cantik-cantik...tapi isi blog takde....tara guna beb...
cantikkah blog ni? harharhar...orang kata...den tak kata...

------------------------------------------------------------------------------------------

ok...malas nak celoteh panjang...ni dia...teman kesunyian bila dalam keboringan...
aku mulakan dengan tempat keje aku dulu la...selalu yang teman kan aku ni ha...!!! Nama dia si Tompok..kucen betina..



duduk dengan aku dah macam pegawai polis dah dia.... eh..melampau pulak kan...tinggi sangat pangkat tu..
ok kita tukar...dah macam pegawai keselamatan (JAGA) aku tengok...bukan ape...si tompok ni,
suka duduk dalam opis aku ni ha...tapi dia suka duduk berhampiran dengan tingkap... bila dengar bunyi yang pelik-pelik...
dia dulu jengah kepala...panjang kepala dia tengok luar tingkap tu...tu aku kata, mengalahkan sarjan..




Ok next....


Kucing yang besar sikit ni, nama dia Abu....bapak kepada si kecik tu..si Abu ni aku jumpa di kawasan sekolah...semasa aku nak latihkan budak-budak sekolah nazam....
dia kelaparan...sian...nak masuk gate sekolah, aku tengok dia sambut aku...pastu mengiaw sebab lapar...
aku plak tak bawak makanan...jadi aku ambil dia bawak balik kat rumah...kesian..muka dia macam betina..kan kan kan? jawabla..


tapi perangai dia yang aku tak puas hati...time aku nk tidur malam jer...kompom dia memekak... nak kata takde makanan...
aku tgk full pinggan dia dengan friskies.. betul ker tak aku eja ni?..tapi memang pe'el dia gini...
dah macam serigala aku tengok..
asal org tidur jer dia bunyik...asal dia bunyik jer, orang tido... baghal...





Ni la kucing kesayangan aku...nama dia bulat..Bulat binti Abu (ikut surat beranak)..tak tak..itu tipu...dia takde surat beranak..
si bulat/bolat ni pun aku jumpa kat sekolah...tapi aku bawak dia balik dulu sebelum aku berkenalan dengan bapak dia..dia ni pulak...nakal yang terlampau....tapi dia lah penghibur hati aku di kala aku kesunyian...
meh aku listkan perangai dia yang ada dalam ingatan aku ni...walaupun tidak seberapa....ahak2

perangai 1 :- kalau waktu dia main dalam rumah....berdentang dentung bunyik periuk...dinding...ape lagi...semua la berbunyi...sampai satu kali dia main...atas kepala dia ada benjol besar...

perangai 2 :- kalau aku tidur...dia suka naik atas perut...then kumam baju aku..aku ingat air apa basah kat baju...rupanya dia tengah kumam baju aku...

perangai 3 :- pantang jer pintu bilik aku terbukak sikit, dia lari kemain laju...mengalahkan formula 1 masuk bilik aku...tah apa yang seronok dlm bilik aku tu...tak tau la...kekadang aku tenung bilik aku tu...kot ada jongkang jongket ker...buaian ker...kolam renang ker...yang dia seronok sangat.. ternyata takde!!

perangai 4 :- aku tak boleh main laptop lama-lama depan dia...berchatting ker...buat web ker...kompom dia protes besar punya...

perangai 5 :- suka jelirkan lidah...dan suka mengacau atau mengganggu gugat ketenteraman hidup aku...pantang aku berkemasatau menyapu....dia buat lah adegan jet ski dia atas sampah2 yang aku tengah sapu..

perangai 6 :- pantang kalau aku beli durian...memang peberet dia...sekali sental 2-3 ulas durian...kalau letak guni durian, dia akan pusing-pusing dekat guni durian...mengalahkan bau ikan goreng..ape punya spesis la dia ni..

perangai 7 :- kalau dia kene mandi...kompom lepas tu dia akan tidur satu hari suntuk macam orang demam..

perangai 8 :- kalau aku nak terberak ker...nak terkencing ker...dia la makhluk tuhan yang pertama berkejar ke bilik air @ tandas...siapa nak terkucil sebenarnya? aku ker dia?


dah la....list banyak2 kang pening pulak korang nak baca....buat masa ni...tu je la yang aku dapat list kan..
psstttt...orang tua-tua kata la kan...tak elok ambil gambar binatang...pendek umo!!!!
Apakah motif di sebalik pesanan org tua-tua tersebut?


pesanan aku pulak : ajal maut di tangan tuhan...ye tak? jadi...selagi makhluk kesayangan anda tu hidup...
rakamkanlah detik manis anda bersama dengannya...kalau dah mati..nak rakam mender??? nyesal kemudian tidak berguna..


Note :
- kompom leh jadi sepupu karam sigh walia....pembuka dan penutup peribahasa tak tinggal...
- kompom = confirm

0 Negative & Positive Comments:



Blog ni adalah blog peribadi ataupun personal.
Sebarang cerita dalam ni adalah dari saya sendiri.
Tiada sebarang copycat atau plagiat dari mana-mana cerita lain.
Ikhlas ucapan dari Queen Of Blog Collector (manzarina) perasan jap.
Jadilah Blogger yang Cemerlang Gemilang Terbilang Dijulang. Sekian.