MANZARINA BLOGS
MANZARINA LINKS

WLA BANNER
MY MAGAZINE

MANZARINA TUA

Sunday, December 25, 2011

Bila Wajahku Dilakar

hey peeps... ape lak maksud peeps tu kan...aku main blasah jer ni, semenjak dua menjak ni bukan main girang lagi ati aku...mana tak nya... ada orang lukis gambar aku kan....dah macam retis rasanya.... tau ker retis tu ape? menggeletis hahaha....ok joke... retis tu macam artis la kan... uiceh..perasan giler...

lukisan aku kebanyakkannya dilukis oleh ahli-ahli atau warga-warga atau dari kalangan kelompok WLA.. mereka memang kreatif la...aku memang susah nak lawan ngan mereka yang dah otai-otai ni... tapi kalau korang tak reti melukis...dan mahu melukis...join group WLA ni, sure korang ada improvement melukis...aku malas nak bebel pepanjang yang dah sememangnya panjang ni... jom tengok camner diaorang conteng-conteng muka aku neh...

kalau korang nak tau.... ini lah lukisan muka aku sendiri yang dilukis oleh aku sendiri...mula-mula aku lukis....nampak buruk giler kan...wajah yang menakutkan....


bila timbul rasa tak puas hati...aku lukis lagi sekali sampai jadi....dan inilah hasilnya.... kedua-dua gambar tersebut aku lukis guna Excel sahaja.... 


Sis Zarini
ini lukisan ini juga dilukis menggunakan Excel... cantik kan... sis zarini memang pandai menggunakan jari-jarinya sebaik mungkin.... aku harap lepas ni aku pun bleh jadi cam dia gak ...

Ahmad Firdaus a.k.a Didi
Lukisan ni plak lukisan DD... menggunakan adobe illustrator...jadi jugak rupa aku...tapi garang giler rupa ni....korang jangan gaduh ngan aku...lau tak muka aku boleh berubah jadi gini.....

Azhunk Awang
Ok..ni plak lukisan dari adik kiter si azhunk....dia gunakan adobe photoshop kalau tak silap aku la....masa ni aku yang suruh dia mencuba lukis gambar aku buat pertama kalinya...walaupun simple...ada gak iras-iras kartun aku...boleh buat komik gak kalau lukisan style camni....



Keri Ikhwan
Mula-mula masa mamat ni post kat Facebook...aku berkerut-kerut gak dahi..."gambar aku ker ni?" hahaha....teruk betul gambar aku sendiri pun tak kenal... camne nak kenal....dia edit gambar aku jadi wanita yang sedang menderita....puas aku fikir...tapi baju dengan tudung tu macam aku yang empunya.... memang betul la ini gambar aku..hahaha.... agak kreatif gak mamat ni....kreatif melukis+mengarut = melurut...



cantik kan...walaupun didera....masih boleh tersenyum bangga dan riak kena dera....ohsem!!


ok ni plak gambar aku versi yang sebenar dari keri ikhwan ni.... apa pun aku suka cara dia melukis vektor aku, walaupun agak boooolat di situ....hahaha...aku nak gitau gak, mamat ni memang pandai buat entry yang boleh membuatkan orang gelak sambil melompat...korang klik la kat nama dia untuk jelajah blog beliau dan suke gak masa dia buat entry pasal gambar aku ni...memang terbahak-bahak aku gelak tengok entry dia... klik SINI kalau nak usha entry pasal gambar di bawah okeh...


TMOS : Usaha Tanda Kejayaan... gambar sesiapa yang belum dilukis tu harap bersabar la yer...

Saturday, December 24, 2011

Cari Barang Tersembunyi

Dalam suratkhabar pun slalu ada kluar carik barang tersembunyi kan.... tapi style lain skit la...banyak korang bleh dapat... kat majalah pun ada.... dulu masa aku skolah, aku suka segmen cari yang tersembunyi..slalunya dia akan bagi lapan barang... korang jengil lah mata tu semata-mata nak carik barang tersembunyi ..ye tak...tapi dulu mata aku agak cerah, clean and clear.... dah tua-tua ni al-maklumla....tak berapa nak terang sangat....

gambar kat atas ni gambar muka orang tapi ada selitan gambar-gambar lain.... kalau korang tengok pun jelas dan nyata....korang boleh list lagi apa gambar disebalik wajah tersebut...


berlainan pulak dengan yang ni....gambar seperti di atas ni, korang slalu la jumpa dalam majalah or suratkhabar or anything...ada gak dalam versi warna... dalam gambar ni jugak, cuba korang cari gambar ikan, rama-rama, kura-kura, itik, paku, jarum, topi dan sudu.. kompom jumpa punya lah... gerenti itu sudah pasti...biasalah permainan kekanak kan... apa motif aku sebenarnya ni?.. aku nak uji mata korang.... korang kategori rabun ker....rabun warna ke....or bute ke? hahaha *kidding...

straight to the point, sila cari dimana letaknya kucing pada gambar-gambar di bawah....survey!!






TMOS (the most of story) : Kesabaran Itu Perlu..

Header Pilihan Aku - Part 4

Udah lama aku tak hupdate blog aku ni kan... busy tahap kambing terbang takleh nak dikata.... keletihan melanda...baru-baru ni plak badan sakit-sakit, lagi tak berdaya nak meng update blog aku yang tak berapa rupa blog ni... *tah haper aku merepek

blogwalking and jalan punya jalan, aku terjumpa header yang memang simple, tapi cantik bagi aku....tak macam header aku nih....busan jer tengok... ok jom tengok 3 lagi header pilihan aku setakat ni...


MR DOCTOR



JANGAN BUKAK


CIK KUMBANG

simple jer header diaorang...tapi bagi aku cantik....blog cik kumbang plak sesuai dengan background page, kalau korang nak tengok...klik jer kat nama diaorang tu....untuk lihat blog mereka...

cekedout

Wednesday, December 7, 2011

Betul Ker Anda Begini?

ok...sambil-sambil melayari tenet aku terjumpa lak benda ni... tapi orang kata jangan percaya 100%... cuma benda ni macam kena dengan diri aku, 99% betul...korang pun boleh la menilai tentang diri korang melalui sikap mengikut tarikh lahir ni....teruskan membaca dan selamat membaca...














bagitau gak korang lahir brapa haribulan...sila2..

Wordless Wednesday - 1














nota kaki : macam siti nurhaliza tak? hehehe....cakap la macam...

Sunday, December 4, 2011

Jom Urut-Urut

Korang pernah urut-urut tak? tapi aku kalau penat dan lenguh-lenguh badan, aku akan suruh adik urut-urut terutama bahagian kaki...sebab bahagian kaki banyak berhubung dalam badan kita... tu sebab kalau korang nak mandi pagi...korang kene siram bahagian kaki dulu baru naik atas badan...tu petua orang tua-tua la kan...ok next kita crite pasal satu urutan ni, urutan refleksologi..

Definisi Refleksologi : Refleksologi adalah cara pengubatan dengan merangsang berbagai daerah refleks (atau zon atau mikrosistem) di kaki, tangan, dan telinga yang ada hubungannya dengan (atau mewakili) berbagai kelenjar, organ, dan bagian tubuh lainnya.

Terapi itu plak dapat memperkuat fungsi sistem limfatik yang mengusir racun dan zat berbahaya lain dari tubuh, sekaligus mengembalikan keseimbangan kimia tubuh dan meningkatkan imunitasi... so, korang kalau pernah tak buat rawatan refleksologi, bolehla cuba..baik untuk kesihatan... yang mana tak pernah sila lihat carta dibawah ni..lihat titik spot dia okeh..


refleksologi kaki
 refleksologi tangan
 refleksologi telinga


ok dibawah carta penuh untuk refleksologi kaki...


lepas korang buat urutan seperti diatas..badan korang memang rasa ringan..tapi korang kene tahan sikit laaa masa proses urutan tu...sekian..

Tuesday, November 29, 2011

Bila Aku Melukis Potret - Part 1

ok takyah pepanjang crite.... Group WLA stand for We love Arts.... bila aku join group ni, macam2 idea dan pelajaran mengenai lukisan yang boleh kita pelajari... selain tu kita leh kenal dengan pakar-pakar lukisan...dan tahu apa software yang sesuai untuk kita melukis... depends pada korang...minat ker tak minat... group ni ada Facebook dan Blog sendiri... ok jom tengok bila aku mula melukis potret..kebanyakannya ahli2 WLA di bawah ni..

fyfy rawk

adam azman - tak berapa nak menjadi


ahmad firdaus


apitttt - macam ade yang tak kene jerk ni....


ok ... rupanya tertinggal shape rupanya.. eh bape banyak rupa daaa... ok betulkan...


Jom la Join Kitaorang....best...Sekian...

Sunday, November 27, 2011

Cara Memotong Kuku Ikut Sunnah

Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sekalipun perkara itu kecil.

Mungkin bagi kita memotong kuku ini suatu yang kecil namun kiranya dilakukan mengikut cara Rasulullah S.A.W, pasti kita tergolong dalam umatnya.

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya 'Barang siapa yang mengerat kukunya pada' :-

Hari Sabtu :Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa :Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat :Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Ok...kalau korang nak potong kuku dengan cara yang betul mengikut sunnah rujuk pada gambar berikut ...






Blog ni adalah blog peribadi ataupun personal.
Sebarang cerita dalam ni adalah dari saya sendiri.
Tiada sebarang copycat atau plagiat dari mana-mana cerita lain.
Ikhlas ucapan dari Queen Of Blog Collector (manzarina) perasan jap.
Jadilah Blogger yang Cemerlang Gemilang Terbilang Dijulang. Sekian.