Thursday, February 28, 2013
Penganjur Contest Giveaway Dan Bloglist
Coretan By :
2
Negative & Positive Comments
Sunday, February 24, 2013
Slumber Derk Aku Jer
Sebenarnya takde cerita sangat pun yang aku nak cerita kat korang... buat masa sekarang ni, aku banyak blogwalking dan skodeng design-design power blogger... Aku lama dah kekeringan idea nak cerita apa kat korang.... Kekadang aku main lukis-lukis.... bajet lukisan cantik jer kan...hahahaa....
Melukis pun takde la pandai sangat.... boleh la cukup-cukup makan... korang nak tengok lukisan aku tak? aku lukis gambo budak kecik.... itu pun aku lukis bersebab... kalau takde sebab, bergerutu tangan aku sebab tak melukis...
Gambar ni pulak sebab kerajinan aku datang....aku pun lukis gambar anak kawan aku ni...
--------------------------------------- Ok SKIP ----------------------------------
Aku ni memang selamba badak jer kalau depan orang ramai....tapi takde la selamber sampai dok melompat-lompat dan terkinja-kinja depan orang ramai.... selamba aku ni lebih di kenali dengan selamba macho...hahahahaha...hak puih....meluat kat diri sendiri
SLUMBER ATAS JALAN
Selalunya kalau sampai kat trafic light....bila berhenti jer aku akan tunggang air bebanyak.... orang yang berhenti sebelah aku kebanyakkannya kerling mata kat aku tengok aku selamber jerk.... (dalam hati : eh pehal diaorang ni, tak pernah tengok orang minum ker...) hahaha.... kekadang selamber aku jer mengunyah kuih, keropok lekor dan sewaktu dengannya
Ada masa tu....time tengah jalan...motor bergerak...aku makan dan minum dengan jayanya....takper kot...makan sambil duduk...motor yang jalan kan...kan ....kan... hehehe
SLUMBER AMIK BR1M
orang ramai heboh beratur... aku pun beratur...tapi masa beratur tu dah nak dekat dua jam...pinggang aku dah mula sakit.... menyumpah-nyumpah aku kat tempat beratur...ikut kan hati nak blah jer....tak yah amik... tapi aku sabarkan diri... mulut kumat kamit dah macam bomoh tengah menurun....
macam-macam aksi aku bila turn beratur aku hampir dengan tiang... aku mula la melepekkan diri kat tiang...tahan tiang tak nak bagi roboh (walhal tiang kuat lagi)... hampir 3 jam aku sampai tiang kedua...yang kat baju hijau tu....start aku dah menyandar....peluk tiang.... mereka yang beratur dekat-dekat aku dah jeling-jeling (ape la budak ni) hahahaha dem!! ....ade aku kisah.... aku penat taw!!!! dah tak kisah dah orang pandang ker haper... janji aku enjoy dengan tiang bank tu... dah macam penari tiang pun yer.... aiseh...
SLUMBER PEKAK
ni lagi satu aku punya selamber derk aku.... orang panggil-panggil aku buat derk jer...kekadang sampai menjerit-jerit diaorang panggil aku.... selagi korang tak tepuk bahu atau lengan aku sampai balik pun aku tak dengar..hahahaha....
Kengkawan aku pun dah paham dah...kalau aku tak dengar tu ada ler yang tak kena tu...bukan sesaja nak buat-buat pekak....ada masalah teknikal jer waktu diaorang panggil aku tu...aku tak bersalah dalam hal-hal begini...
Sekian...Majulah Sukan Untuk Negara !!!
Coretan By :
2
Negative & Positive Comments
Monday, February 11, 2013
Header Pilihan Aku - Part 6
Masih lagi mengekalkan segmen yang sama..... ceh bajet jer .... tapi apa yang aku nak sampaikan ni adalah dari pandangan tulus mata aku sendiri.... kalau tengah rajin blogwalking tu, kekadang aku tengok page blogger-bloger yang penuh warna warni....
Apa yang menarik di sini aku nak kongsikan dengan korang lagi sekali, header yang menjadi pilihan aku pada kali ini... header yang aku pilih memang cantik mengikut pandangan aku la kan... tak tau la plak pada korang punya mata camna.... kalau salah pilihan aku, maybe aku yang rabun warna...hahaha
ok... jom skodeng header blogger-blogger yang menjadi pilihan aku kali ni...

CAHAYA HATI NAZIEQA
Komen : Header yang sempoi...tapi cantik, siap ada gadis yang naik motor lalu di taman.... penuh dengan warna warni... tetapi masih tidak menyakitkan mata
YUMIDA
Komen : Header ni paling sempoi.... Kalau betul-betul lukis header ni agak payah la nak buat.... apepun masih menarik dipandang mata
BUNGA HATI MAMA
Komen : Header yang cumel.... suka tengok...macam nak ngap jer kanak-kanak cumel di depan rumah tu....
NUR ATIRAH
Komen : Header yang menyejukkan mata memandang sebab warna ijau kan.... nak nak page beliau pun warna hijau, sesuai dengan header tersebut
KHALILAH95
Komen : Kalau tengok header ni pun dah tahu kan...empunya blog ini semestinya lelaki.... tetapi, yang sebenarnya blog ni kepunyaan gadis....hahaha kene tipu.... sempoi...jarang gadis sukakan header yang sebegini... mesti simple jer orangnya
HARNIE
Komen : Tengok pada header ni comel jer kan.... mana taknya... page ataupun blog tuan empunya ni pun cumel...ringkas dan padat.... suke jugak dengan header comel gini...
Apa pun.... header korang memang menarik perhatian mata aku.... chaiyok!!
Coretan By :
17
Negative & Positive Comments
Follower Ke-100
----------------------------------------------------
Seterusnya aku nak la beri penghargaan skit kepada follower aku yang ke 100 ni... dan ucapan terima kasih untuk beliau serta follower-follower yang lain sebab sudi follow mollow page aku ni kan.... hamba allah yang bertuah tu ialah....
tudia... terpampang nama SENEORITA BAHARIN ... thanks a lot my dear..... semoga perkenalan kita berpanjangan yer...
----------------------------------------------------
Untuk penghargaan kepada beliau, aku nak bagi sedikit gift la kan...hehehhe.... nak bagi duit, aku belum tahap jutawan...insyaallah, doa-doakanlah yer....ok...ni dia untuk beliau....sori yer seneorita...curi gambar nak tepek kat kek kiter ni...kekeke....
Sayang korang semua...
Coretan By :
3
Negative & Positive Comments
Wednesday, February 6, 2013
Header Pilihan Aku - Part 5
Kebetulan dah lama aku tak blogwalking jungle tracking dan sebagai nya... naik fedup blog aku tunggu aku bagai menuggu bulan jatuh ke riba.....
Apa yang aku nak ceritakan ni mungkin bukan penting bagi korang tapi penting gak bagi aku, sebab ni melibatkan seni beb....seni...bagi aku seni tu penting dalam kehidupan.... bukan setakat seni lukisan...seni suara...seni tulisan....seni rekaan... seni percakapan....semua itu memerlukan seni.... kalau tak seni, korang takkan bertemu dengan benda-benda cantik kat dunia ni.....tapi seni yang allah jadikan memang kita makhluk dia tak boleh nak lawan la kan....
ok...cerita aku agak ke laut daripada tajuk.... apa yang aku nak ceritakan ni melibatkan header blogger-blogger kita yang memang menarik perhatian.... ada yang pandai main dengan warna....ada yang pandai main dengan bentuk.... ada plak dengan animasi dan sebagainya... kali ni aku nak tunjukkan seni header yang menarik perhatian aku untuk tontonan semua.....ceh..bajet macam ramai jer pembaca blog aku kan...hahaha...dah dah.... jom tengok
ok...header ni pulak bermain dengan pelbagai warna-warna.....jarang ada orang yang berani bermain warna dalam satu masa...salah salah khidmat boleh jadi seni ranggoli...hehehe...tapi header ni memang cantik....memang sesuatu yang berani
kesimpulannya... mereka kreatif !!!! chaiyok!!!
Coretan By :
11
Negative & Positive Comments