MANZARINA BLOGS
MANZARINA LINKS

WLA BANNER
MY MAGAZINE

MANZARINA TUA

Tuesday, September 21, 2010

Apa Kejadahnya Ni..






Monday, September 20, 2010

Kenapa?

Ini adalah soalan lazim aku semasa aku kecik hingga lah ke tua gini...
Bila aku nak tulis blog ni, teringat masa tuan ayah cerita kenakalan aku masa kekecik dulu...puan emak pun sama tumpang sekaki..

Tuan ayah penah bagi tau aku, masa aku kekecik, aku pernah amik tray habuk rokok tuan ayah...pastu, habuk rokok tersebut aku makan dengan enak dan nikmatnya... oleh kerana tuan ayah aku ni askar... dia tak pedulik aku ni cute ke....comel ke....katik ke.... dia jentik mulut aku yang penuh dengan habuk rokok tu...aku rasa...penangan aku kunyah habuk rokok tuan ayah aku tu la... aku slalu menang nasyid...tilawah..berzanji dan sebagai nya....



Puan emak pulak cerita dengan aku...masa aku bermain di padang, aku ni jenis orang yang suka mengkaji...sampai ke tua ganyut la aku rajin mengkaji.. Puan emak cerita masa tu umur aku lebih kurang 4 atau 5 tahun gitu la... Kalau Aku main dekat padang... aku akan mengutip batu2 kecil, lalu dengan bangganya aku masukkan batu yang agak2 muat lubang telinga aku dan lubang idong aku....




Hah!!! Aku berjaya lagi dalam membuat kajian tersebut...

Apa lagi... Kelam Kabut satu flat tentera masa tu...tuan ayah dan puan emak aku hantar aku ke hospital bagi mengeluarkan batu2 kecil dalam idong dan telinga aku ni....doktor yang tolong keluarkan batu tu geleng2 kepala...kesian ...payah jugak la kan nak jaga aku masa kekecik....adventure tak adventure nyer lah...Kalau nak cerita bab kenakalan aku masa kekecik mmg melambak....boleh buat novel tak abis crite aku nih..

Berbalik pulak pada soalan KENAPA?
Memang sejak azali...keluar je dari perut puan mak...aku akan tanya...kenapa aku dilahirkan pada masa tu...kenapa tak hari lain? kenapa masa aku lahir aku takde rambut....puan emak pun malas nak layan aku....dia sumbat susu kat mulut,sebab banyak sangat soalan aku bagi...

Bila aku agak2 besar sikit,dengan tuan ayah pulak aku akan bertanya....tuan...kenapa dunia kita ni sekejap cerah dan sekejap gelap.... tuan ayah pun menjawab "cerah itu sebab siang hari....gelap itu sebab malam hari"
Aku bertanya lagi : kenapa sekejap siang sekejap malam pulak?
Reaksi tuan ayah : nyalakan api rokok dan meneruskan aktiviti membuat kepulan asap
di dlm rumah


Bila masa kakak sedara aku balik ke kampung sekali sekala...slalu nya time2 raya la kan...soalan aku ialah :

Kakak...Kenapa Kepala kita Keras?

Kakak sedara aku pun merujuk kepada tuan ayah...Pak su (panggilan pak cik yang bongsu) Apa nak jawab ni pak su?

Jawab tuan ayah "Kau jawab je lah ape yang logik...kalau kau malas...tak yah jawab"
Dengan rela dan senang hati nya kakak sedara aku menjawab "Entah"
Sungguh Kijam..






bagi menjawab soalan aku yang tadi....mengikut kajian aku sendiri la kan...wawawawa

KENAPA SEKEJAP SIANG...SEKEJAP MALAM?
Jawapan Mudah : Siang Untuk Bekerja ....Malam Untuk Berehat
Jawapan Sukar : Sebab bumi kita ini bulat....jadi ia berputar dan mengelilingi
matahari...disebab kan itu lah terjadi nya siang dan malam.... betul
ker?

KENAPA KEPALA KITA KERAS?
Jawapan senang : kalau kepala kita nipis...takut otak kita boleh melegak bila kene
panas
Jawapan Susah : Otak Kita berfungsi mengawal seluruh sistem dalam badan kita...
Jadi,Ia memerlukan perlindungan yang kuat dan keras..agar sis tem
dalam badan kita juga tidak terjejas... Betul tak? gasak..







Soalan Terakhir Aku untuk hari ini...Kenapa aku beli banyak sungguh surat khabar untuk hari ini?











Jawapan : Aku pun tak tau.... Haih..

Thursday, September 9, 2010

Apa Saja Lah...











End...


Wednesday, September 8, 2010

Mula La Ni




Bila aku mula Bosan tahap gaban garu ketiak.....



Malas tol !!! Muka Dia Sebijik Cam Facebook!!!
Eh.. Muka Buku!!!
Arghhh Gasak !!!

Saturday, September 4, 2010

Longkang Jahanam

Fuh!! Lama giler aku x layan blog ni...Skali terasa nk menulis pulak bila tgk kawan aku punya blog...

Bulan puasa ni menguji keimanan betul la.... Dlm tgh aku cari2 gambar longkang, tetiba jumpa plak gambar lain... kecur air liur aku tgk..



Yang camni ke....selera jugak aku tgk.. ada jugak la ciri2 kedurianan kan..






Kalau yg ni camne??? Adeh..

ilang selera !!! Dah macam buah pinggang manusia je aku tgk!!!
tak caye?


Ni ha!!... contoh gambar buah pinggang.... tgk la..



damn!!!
ok kita skip...
----------------------------------------------------------------------------------



Berbalik kepada cerita longkang ni tadi kan.... aku belajar some college kolej dalam melaka... kolej aku ni mmg besh laaaa... usah dikata...

  1. lecturer besh
  2. pensyarah sporting
  3. cikgu mcm kawan
ok meh aku ajak ronda2 kolej aku...tak banyak.. skit je....


so, inilah bilik lecturer2 aku.... tempat ni jadi mainan aku keluar masuk secara slumber derk je... kekadang jumpa lecturer aku borak2...wahkahkahkah...aku windu ngan lect aku





ok sini plak dewan kolej aku, tmpat aku buat presentation final project... mamat dua org ni korang abaikan.. aku pun tak kenal


------------------------------skip---------------------------



siap frame lagi hah!! Nilah kolej yg aku bg tau korang td... cantik kan? kolej kesayangan aku ni..sekali pusing kepala tgk balik, ( dah macam warna courth mamoth!! ) (-.-")

korang nampak ank panah bwh pokok tu? situ la tempat aku berdating dengan kawan2 aku...
Lepak sblm masuk kelas...lepas abis kelas.. dan sebagainya

ok Next!!!
----------------------------------------------------------------------------------


haaa!!! tudia longkang.... jumpa pun... berpeluh ketiak aku search gamba longkang yang sesuai dengan citarasa aku
lebih kurang cam ni la longkang kat kolej tempat aku lepak tu.. longkang ni aku amik kat internet je ni.... longkang kolej aku plak ada divider kat sebelah dia...



yang belang2 itam putih tu la divider..... tp divider kat kolej aku ni ada notch (sempadan)..


Nak dijadikan cerita....aku ngan kengkawan aku duk lepak la cam bese, ada yang duduk atas motor, bertenggek atas divider, borak2 tah haper2..

Aku plak ape punya bangang aritu... borak2 sambil jalan2 la atas divider tu... Borak punya borak... tetiba dialog mrk2 mcm ni lah lebih kurang:

apy : weh... mana dak bernt tadi.... senyap jek..

tawil : aah la....mana dia ek... tetibe ilang je!!

(Dalam pada tu... kawan aku si tawil jengah2 lam longkang tu.... aku park baik je dalam tu)
kedudukan yg strategik mengikut koordinat paksi x dan y yg menarik...
mana taknya... aku jatuh ala2 matrix la katakan...slow emotion jer,
dgn tgn aku betul2 macam mayat dlm....



KERANDA !!!!



Kawan aku gelakkan aku dlm seminit.... baru dia hulur tgn nk tarik aku... aku punya lah duk terkelip2 dlm longkang tu..sambil berfikir

Adakah Aku Di Syurga???

Cilake!


lepas aku keluar dr longkang tu...aku nmpk sorang mamat senior ni... dia buat muka bodoh je... tak gelak pun...(muka macho)... mamat ni mmg rapat gak la ngan aku... tapi time tu muka dia slumber derk tgk aku... muker aku kebas usah dikata.. tebal jer rasa, macam pakai masker 12 inci kat muka neh..


Tibe plak time aku masuk ke kelas... seiring dan sejalan dgn kawan2 aku ni tadi.... diaorang gelak lom benti.... paneh (panas) ati aku... tetiba, sorang kawan senior aku tegor.. ayat dia lebih kurang gini la kan :-

"Weh bernt... Ko Buat ape lam longkang tadi bernt?"
Argh!!!!! sah mamat senior tadi bagitau!!!!
Dah arr!!! Malas Dah nk Citer...
Chow!!!!

Note : Bernt <----- panggilan nama glamor aku di sekolah menengah n kolej.... (sampai skrg la kot)



Blog ni adalah blog peribadi ataupun personal.
Sebarang cerita dalam ni adalah dari saya sendiri.
Tiada sebarang copycat atau plagiat dari mana-mana cerita lain.
Ikhlas ucapan dari Queen Of Blog Collector (manzarina) perasan jap.
Jadilah Blogger yang Cemerlang Gemilang Terbilang Dijulang. Sekian.