MANZARINA BLOGS
MANZARINA LINKS

WLA BANNER
MY MAGAZINE

MANZARINA TUA

Sunday, October 31, 2010

Anak-Anak Bertambah

Lama pulak rasanya tak update blog aku ni....asik setting design jer kan...bukan apa...cuma sibuk sikit memikirkan masalah negara...uiceh...eksen plak ye...
Sambil-sambil aku edit design aku tanya jugakpendapat memasing....apa komen page aku ni....ada la komen yg positif...ada jugak komen yang membina....ada jugak komen mengutuk, mengena, membuli dan sewaktu dengan nya lah...

Salah satu contoh komen :-

Positif : cutenya page awak....
Negatif : page kanak2 betul....page ala tamil nandu (cilake!!!)
Perangsang : wah..cantik...selalu la update blog awak ye...saya slalu follow...

komen positif tu di terbitkan oleh kenalan-kenalan....komen negatif tu usah cakap la....dah tentu kawan-kawan aku yang sangai ...bingai... dan sengal... aku tau...diaorang iri hati dengan kecumelan aku dan page aku...wakakakaka

Dalam aku tengah tulis blog ni....ada satu masalah...aku nk enter, cursor x turun ke bawah...
pastu asik save jer...walhal aku blom tekan button save..Ada sesapa leh bantu aku menangani masalah aku ni?
blur pulak aku...

ok...citer pasal anak-anak ni...hari jumaat 29/10/10 aku baru balik keje dalam 6.30 petang la lebih kurang..Masa balik tu..aku pegi town dulu nak beli barang dapur...lepas jer aku pegi beli barang... aku pun tawaf la seluruh town ...cukup 7 round jadi hajah aku... Hjh Town... Buruk title...hahaa

lepas aku round...kira nak balik la ni...tetiba telinga aku dengar bunyik riuh rendah...mengalahkan pasar malam...pasar tani...pasaraya...MEOW MEOW MEOW....
aku pun jengah kepala kat luar tingkap kete aku tu..sape plak menjerit-jerit tu....(soklan bodo aku keluar)..
kalau dah meow...meow kompom la kucing...takkan unta lak bunyik gitu...terus aku berhentikan kereta aku...
mata aku terpandang satu kotak sebelah kedai makan....terus suruh adik aku keluar tgk..
kira aku nak bawak balik la anak-anak terbuang tu...kesian...terjadi lah perbualan antara aku dengan adik aku kat kedai makan....adik aku kat luar...aku kat dalam kete...

Adik : kak, betul la ada kucing tu kat sini!
Akak : banyak ke?
Adik : banyak la jugak...
Akak : berapa ekor?
(adik aku pun kira la dengan sungguh-sungguh dan penuh teliti...sambil jari bergerak-gerak ke atas dan kebawah tandanya sedang menjalankan tugas..)

Adik : ada 7 ekor..
Akak : owh...cuba tanya abang kedai tu....ada orang punya tak?... (aku ingatkan 2-3 ekor je...takpelah...bawak je la semua-semua tu)
Abang Kedai : bawak je la balik semua tu...takde sape punya....
(aku pun bawak la balik)

Ini lah kesemua anak-anak kucing aku tu...










Eh...Wadepak!! adik aku kata 7 ekor tadi...skali lapan ekor plak....adik aku pun kata "ye ke?"...Damn...
arghhh....takpe lah...gasak...takkan nak tinggalkan yang lain-lain tu kan...kesian pulak...jadi aku pun bele je la semua lapan ekor anak-anak kucing aku tu.... campo dengan bulat dan aku abu....10 ekor semuanya anak-anak aku...

gambar kat atas ni...ada yang masih selekeh lagi sebab masa aku ambil gambar..masih comot-comot lagi..
aku paling suka tengok muka roro cute... Roro macam nama orang korean jer..haahaa....sebab muka roro pun macam korea...



--------------------------------Tamat Dah---------------------------------

Tuesday, October 26, 2010

Terima Kasih Sayang...














 
 

Guna Paint Je...So Paham2 lah ye...huhuhu

Tuesday, October 19, 2010

Teman Kesunyian

untuk menghilangkan keboringan yang melanda hatiku ini...uiceh...
aku pun on lah blog aku ni....dah letih mengedit design jer... biar pulak aku menulis blog...
dah lama benar aku tak menulis blog...buat kata orang...rumah nampak cantik tapi tiada penghuni tiada gunanya... uiceh...terkeluar pulak peribahasa ni dari kotak pikiran aku...pepagi gini...
leh jadi sepupu-sepapat karam sigh walia gini....

Biar aku terang kan maksud peribahasa yang aku karang tadi "rumah nampak cantik, tidak berpenghuni"...
Sama lah dengan keadaan blog aku ni...dah design cantik-cantik...tapi isi blog takde....tara guna beb...
cantikkah blog ni? harharhar...orang kata...den tak kata...

------------------------------------------------------------------------------------------

ok...malas nak celoteh panjang...ni dia...teman kesunyian bila dalam keboringan...
aku mulakan dengan tempat keje aku dulu la...selalu yang teman kan aku ni ha...!!! Nama dia si Tompok..kucen betina..



duduk dengan aku dah macam pegawai polis dah dia.... eh..melampau pulak kan...tinggi sangat pangkat tu..
ok kita tukar...dah macam pegawai keselamatan (JAGA) aku tengok...bukan ape...si tompok ni,
suka duduk dalam opis aku ni ha...tapi dia suka duduk berhampiran dengan tingkap... bila dengar bunyi yang pelik-pelik...
dia dulu jengah kepala...panjang kepala dia tengok luar tingkap tu...tu aku kata, mengalahkan sarjan..




Ok next....


Kucing yang besar sikit ni, nama dia Abu....bapak kepada si kecik tu..si Abu ni aku jumpa di kawasan sekolah...semasa aku nak latihkan budak-budak sekolah nazam....
dia kelaparan...sian...nak masuk gate sekolah, aku tengok dia sambut aku...pastu mengiaw sebab lapar...
aku plak tak bawak makanan...jadi aku ambil dia bawak balik kat rumah...kesian..muka dia macam betina..kan kan kan? jawabla..


tapi perangai dia yang aku tak puas hati...time aku nk tidur malam jer...kompom dia memekak... nak kata takde makanan...
aku tgk full pinggan dia dengan friskies.. betul ker tak aku eja ni?..tapi memang pe'el dia gini...
dah macam serigala aku tengok..
asal org tidur jer dia bunyik...asal dia bunyik jer, orang tido... baghal...





Ni la kucing kesayangan aku...nama dia bulat..Bulat binti Abu (ikut surat beranak)..tak tak..itu tipu...dia takde surat beranak..
si bulat/bolat ni pun aku jumpa kat sekolah...tapi aku bawak dia balik dulu sebelum aku berkenalan dengan bapak dia..dia ni pulak...nakal yang terlampau....tapi dia lah penghibur hati aku di kala aku kesunyian...
meh aku listkan perangai dia yang ada dalam ingatan aku ni...walaupun tidak seberapa....ahak2

perangai 1 :- kalau waktu dia main dalam rumah....berdentang dentung bunyik periuk...dinding...ape lagi...semua la berbunyi...sampai satu kali dia main...atas kepala dia ada benjol besar...

perangai 2 :- kalau aku tidur...dia suka naik atas perut...then kumam baju aku..aku ingat air apa basah kat baju...rupanya dia tengah kumam baju aku...

perangai 3 :- pantang jer pintu bilik aku terbukak sikit, dia lari kemain laju...mengalahkan formula 1 masuk bilik aku...tah apa yang seronok dlm bilik aku tu...tak tau la...kekadang aku tenung bilik aku tu...kot ada jongkang jongket ker...buaian ker...kolam renang ker...yang dia seronok sangat.. ternyata takde!!

perangai 4 :- aku tak boleh main laptop lama-lama depan dia...berchatting ker...buat web ker...kompom dia protes besar punya...

perangai 5 :- suka jelirkan lidah...dan suka mengacau atau mengganggu gugat ketenteraman hidup aku...pantang aku berkemasatau menyapu....dia buat lah adegan jet ski dia atas sampah2 yang aku tengah sapu..

perangai 6 :- pantang kalau aku beli durian...memang peberet dia...sekali sental 2-3 ulas durian...kalau letak guni durian, dia akan pusing-pusing dekat guni durian...mengalahkan bau ikan goreng..ape punya spesis la dia ni..

perangai 7 :- kalau dia kene mandi...kompom lepas tu dia akan tidur satu hari suntuk macam orang demam..

perangai 8 :- kalau aku nak terberak ker...nak terkencing ker...dia la makhluk tuhan yang pertama berkejar ke bilik air @ tandas...siapa nak terkucil sebenarnya? aku ker dia?


dah la....list banyak2 kang pening pulak korang nak baca....buat masa ni...tu je la yang aku dapat list kan..
psstttt...orang tua-tua kata la kan...tak elok ambil gambar binatang...pendek umo!!!!
Apakah motif di sebalik pesanan org tua-tua tersebut?


pesanan aku pulak : ajal maut di tangan tuhan...ye tak? jadi...selagi makhluk kesayangan anda tu hidup...
rakamkanlah detik manis anda bersama dengannya...kalau dah mati..nak rakam mender??? nyesal kemudian tidak berguna..


Note :
- kompom leh jadi sepupu karam sigh walia....pembuka dan penutup peribahasa tak tinggal...
- kompom = confirm

Monday, October 18, 2010

Mari Mengenal Haiwan Pilihan

Masa sekolah dulu-dulu kita ada belajar jenis-jenis binatang... kalau bahagian besar binatang ada 2 jenis...binatang jinak dan binatang liar...kalau nak diberi pecahan lain pulak...binatang yang berkaki empat...berkaki dua...tidak berkaki dan sebagainya.
Benda gini la kita belajar masa sekolah dulu untuk mengenal binatang...kalau dalam sains pulak, diberi pecahan reptilia, amfibia, mamalia dan sebagainyalah kan....

Tapi kat sini aku nak ambik yang bahagian yang senang dan mudah...contohnya binatang liar atau binatang jinak...
Ok...kalau binatang jinak yang paling aku suka ,ofkos semestinya kucing....
sebab suke pegang bulu dia yang lembut, menawan dan enak...
bulu kucing ni macam2 jenis dan pelbagai warna...tu yang aku suka tengok tu..
nasib baik la kucing takde yang warna hijau..biru..pink...purple...kalau ada, kompom aku beli kucen tu bawa balik...ikut warna peberet aku la kan...

----------------------------------------OK Skip!!!--------------------------------------

Kalau binatang liar aku paling suka tengok Harimau.... aummmm....
bukan apa...sebabnya aku suka tengok bulu pada badan dia...macam-macam corak....selain harimau...aku suka la
kaum-kaum sejenis dia jugak, as in..Singa...tapi bulu-bulu mereka ni aku tak tau la pulak lembut ker kasar kan...
buat aku pegang bulu dia, tangan aku dia Ngap!! dulu...naye je..


Cerita pasal binatang kesukaan aku ni...mari kita cuci mata tengok gambar kucing yang sama bulunya dengan corak bulu-bulu harimau dan singa ni....mat salleh panggil kucing yang berbulu harimau ni "toyger"...



Ok Next....
Ini pulak gambar sebenar harimau-harimau mengikut jenis dan corak pada bulu mereka...

Tiger

Cheetah
 Leopard
 Panther
 Puma




Ok ...Gambar singa pulak...macho tak?
Lion




Dalam pada aku tengah cari-cari gambar harimau dan singa...terjumpa pulak gambar binatang yang di klon...
Singa+Harimau = Simau (istilah melayu) Ni istilah yang aku bagi....wakakaka....
Lion+Tiger = LiGer (istilah inggeris) Ni istilah yang fakta..sebab keluar dalam buletin utama mat salleh mencipta klon liger ni...Tengok gambar di bawah...
LiGer


Muka singa...badan harimau belang..Ini sebab diaorang gabungkan lion dengan gen(tiger)...
kali ni biar aku bagi istilah untuk gen harimau yang lain pulak yer.....

Lion+Tiger = LiGer <----istilah yang telah diberi
Lion+Cheetah = LiTah 
Lion+Leopard = LiPard
Lion+Panther = LiTher 
Lion+Puma = Lima 

Macam hawau jer nama-nama mereka.. Hahahaha.....gasak situ...sape suruh mat salleh ni klon-klon kan haiwan-haiwan tersebut... Diaorang pandai klon...aku pandai bagi nama...Ok tutup cerita tang bagi nama kat binatang2 tu... Sekarang ni gambar terakhir aku bagi kat korang.....



TARRRAAAAAAAAAAAAAAAA !!!!!

PigDog


Asalnya aku pun tak tau gambar binatang kah ini...Tapi...oleh kerana dah alang-alang diaorang buat klon untuk lion dan tiger kan....
biar aku bagi tilikan gambar ni... nampak macam pig + dog = pigdog
ker korang nak bagi nama PiDo??? Pilih la...Sukati...



Blog ni adalah blog peribadi ataupun personal.
Sebarang cerita dalam ni adalah dari saya sendiri.
Tiada sebarang copycat atau plagiat dari mana-mana cerita lain.
Ikhlas ucapan dari Queen Of Blog Collector (manzarina) perasan jap.
Jadilah Blogger yang Cemerlang Gemilang Terbilang Dijulang. Sekian.