MANZARINA BLOGS
MANZARINA LINKS

WLA BANNER
MY MAGAZINE

MANZARINA TUA

Thursday, February 28, 2013

Penganjur Contest Giveaway Dan Bloglist


 

Salam buat korang semua.. hope korang sihat2 lah yer... untuk kesekian kalinya aku nak beri pendapat kepada penganjur contest, giveaway, bloglist dan sewaktu dengannya...Agak tension di sini yer hadirin wal hadirat sekelian bila cerita hal perihal join contest bla bla bla... Aku ni memang suka join contest yang korang anjurkan, tengok pada masa gak la...dan aku sendiri ada buat blog khas untuk contest, tapi takdelah semua menang... ada yang kalah...ada gak penganjur yang tak jenguk langsung page aku... sedih kan? 

Ni aku nak cerita kat korang.. masa dulu contest selalunya di anjurkan oleh seorang sahaja... tapi sekarang aku tengok banyak giler contest dan ramai juga yang sponsor dalam sesuatu contest... itu ok lagi... tapi bapak giler kene follow blog dan like page lebih dari sepoloh doploh orang.... tak ker jenuh... 

Korang boleh jer join venture dan tak salah pun untuk itu... ramai sponsor lagi bagus, cuma bagi aku la kan terlalu sukar untuk blogger-blogger lain follow dan like page korang... pegi ke satu2 page.... satu hal... Itu belum kira blogger yang lambat slow ibarat siput meniarap sambil cuba untuk menggolek-golekkan badannya...eh tetiba! 


Takde la... cuba bayangkan time tu blogger bersemangat plak nak join...spoil bila tengok banyak page nak kene masuk.... Aku pun kekadang fikir beribu kali gak nak join ker tak nak...  
hati kata nak, jiwa kata malas

Cuma apa yang membuatkan aku dapat idea nak kongsi dengan korang, bila aku pergi ke page contest salah seorang sahabat blogger kita iaitu Cik Fie . Bila aku masuk page beliau yang sedang menganjurkan contest, baru aku rasa ada senang dan mudah sebab dah tersedia page button like FB.... cuma aku update sikit daripada yang sedia ada...contohnya bila klik pada nama sponsor, terus pegi ke page follow blogger sponsor tersebut...mudah kan? kan? kan? 

Lagi satu masa korang klik Like FB tu, korang kene klik lagi sekali untuk confirmkan yang korang setuju untuk like page mereka tu... sebab aku pun terkena tadi..hahahaha.... aku ingat dah settle bila klik page like tu... rupanya kene klik confirm ... tapi tak susah weyh... tak sampai 10 saat... kecuali kalau line korang macam siput sedut... 

Bila buat gitu aku rasa baru la ringan sikit blogger-blogger nak join contest korang kan.... Apa yang aku nak cadangkan atau kongsikan bersama blogger-blogger yang anjurkan contest, buatlah seperti contoh yang akan aku tunjukkan di bawah nanti... yang paling penting, penganjur contest kenelah rajin sikit yer tak? ... aku cuma cadang jer... terpulang pada korang... tepuk dahi tanya akal... *peribahasa baru...

Klik Sini Untuk Lihat Contoh


Sunday, February 24, 2013

Slumber Derk Aku Jer

Sebenarnya takde cerita sangat pun yang aku nak cerita kat korang... buat masa sekarang ni, aku banyak blogwalking dan skodeng design-design power blogger... Aku lama dah kekeringan idea nak cerita apa kat korang.... Kekadang aku main lukis-lukis.... bajet lukisan cantik jer kan...hahahaa....


Melukis pun takde la pandai sangat.... boleh la cukup-cukup makan... korang nak tengok lukisan aku tak? aku lukis gambo budak kecik.... itu pun aku lukis bersebab... kalau takde sebab, bergerutu tangan aku sebab tak melukis...

Gambar budak baju merah ni sebab aku join aktiviti kengkawan WLA (We Love Arts) kat FB


Gambar ni pulak sebab kerajinan aku datang....aku pun lukis gambar anak kawan aku ni...

--------------------------------------- Ok SKIP ----------------------------------

Aku ni memang selamba badak jer kalau depan orang ramai....tapi takde la selamber sampai dok melompat-lompat dan terkinja-kinja depan orang ramai.... selamba aku ni lebih di kenali dengan selamba macho...hahahahaha...hak puih....meluat kat diri sendiri


SLUMBER ATAS JALAN
Selalunya kalau sampai kat trafic light....bila berhenti jer aku akan tunggang air bebanyak.... orang yang berhenti sebelah aku kebanyakkannya kerling mata kat aku tengok aku selamber jerk.... (dalam hati : eh pehal diaorang ni, tak pernah tengok orang minum ker...) hahaha.... kekadang selamber aku jer mengunyah kuih, keropok lekor dan sewaktu dengannya

Ada masa tu....time tengah jalan...motor bergerak...aku makan dan minum dengan jayanya....takper kot...makan sambil duduk...motor yang jalan kan...kan ....kan... hehehe


SLUMBER AMIK BR1M
 orang ramai heboh beratur... aku pun beratur...tapi masa beratur tu dah nak dekat dua jam...pinggang aku dah mula sakit.... menyumpah-nyumpah aku kat tempat beratur...ikut kan hati nak blah jer....tak yah amik... tapi aku sabarkan diri... mulut kumat kamit dah macam bomoh tengah menurun....

macam-macam aksi aku bila turn beratur aku hampir dengan tiang... aku mula la melepekkan diri kat tiang...tahan tiang tak nak bagi roboh (walhal tiang kuat lagi)... hampir 3 jam aku sampai tiang kedua...yang kat baju hijau tu....start aku dah menyandar....peluk tiang.... mereka yang beratur dekat-dekat aku dah jeling-jeling (ape la budak ni) hahahaha dem!! ....ade aku kisah.... aku penat taw!!!! dah tak kisah dah orang pandang ker haper... janji aku enjoy dengan tiang bank tu... dah macam penari tiang pun yer.... aiseh...


SLUMBER PEKAK

ni lagi satu aku punya selamber derk aku.... orang panggil-panggil aku buat derk jer...kekadang sampai menjerit-jerit diaorang panggil aku.... selagi korang tak tepuk bahu atau lengan aku sampai balik pun aku tak dengar..hahahaha....

Kengkawan aku pun dah paham dah...kalau aku tak dengar tu ada ler yang tak kena tu...bukan sesaja nak buat-buat pekak....ada masalah teknikal jer waktu diaorang panggil aku tu...aku tak bersalah dalam hal-hal begini...

Sekian...Majulah Sukan Untuk Negara !!!


Monday, February 11, 2013

Header Pilihan Aku - Part 6


Masih lagi mengekalkan segmen yang sama..... ceh bajet jer .... tapi apa yang aku nak sampaikan ni adalah dari pandangan tulus mata aku sendiri.... kalau tengah rajin blogwalking tu, kekadang aku tengok page blogger-bloger yang penuh warna warni....


Apa yang menarik di sini aku nak kongsikan dengan korang lagi sekali, header yang menjadi pilihan aku pada kali ini... header yang aku pilih memang cantik mengikut pandangan aku la kan... tak tau la plak pada korang punya mata camna.... kalau salah pilihan aku, maybe aku yang rabun warna...hahaha

ok... jom skodeng header blogger-blogger yang menjadi pilihan aku kali ni...


Komen : Header yang cumel cantik romentik lagi....tapi seyes...aku suka header ni....pilihan warna yang seimbang


CAHAYA HATI NAZIEQA
Komen : Header yang sempoi...tapi cantik, siap ada gadis yang naik motor lalu di taman.... penuh dengan warna warni... tetapi masih tidak menyakitkan mata


YUMIDA
Komen : Header ni paling sempoi.... Kalau betul-betul lukis header ni agak payah la nak buat.... apepun masih menarik dipandang mata


BUNGA HATI MAMA
Komen : Header yang cumel.... suka tengok...macam nak ngap jer kanak-kanak cumel di depan rumah tu....


NUR ATIRAH
Komen : Header yang menyejukkan mata memandang sebab warna ijau kan.... nak nak page beliau pun warna hijau, sesuai dengan header tersebut


KHALILAH95
 Komen : Kalau tengok header ni pun dah tahu kan...empunya blog ini semestinya lelaki.... tetapi, yang sebenarnya blog ni kepunyaan gadis....hahaha kene tipu.... sempoi...jarang gadis sukakan header yang sebegini... mesti simple jer orangnya


HARNIE
 Komen : Tengok pada header ni comel jer kan.... mana taknya... page ataupun blog tuan empunya ni pun cumel...ringkas dan padat.... suke jugak dengan header comel gini...



Apa pun.... header korang memang menarik perhatian mata aku.... chaiyok!!

Follower Ke-100

Untuk kesekian kalinya aku terasa dan berasa seronok dan meronok bonok di sebabkan follower aku yang sudah mencapai 100 orang .... 
sape tak gumbira kan... dah berapa tahun aku melahirkan blog aku ni.... baru hari ni dapat capai target 100 follower...takpe la manzarina.... *pok pok punggung sendiri... 
lagipun aku berblog bukan bertujuan untuk kejar follower...hanya untuk mengisi masa lapang.... biar sikit asalkan erat, yer tak.... tapi kalau pada mana yang aku tak perasan tu tegur-tegur la yer.... 
kekadang jarang gak online...


----------------------------------------------------

Seterusnya aku nak la beri penghargaan skit kepada follower aku yang ke 100 ni... dan ucapan terima kasih untuk beliau serta follower-follower yang lain sebab sudi follow mollow page aku ni kan.... hamba allah yang bertuah tu ialah....


tudia... terpampang nama SENEORITA BAHARIN ... thanks a lot my dear..... semoga perkenalan kita berpanjangan yer...


----------------------------------------------------

Untuk penghargaan kepada beliau, aku nak bagi sedikit gift la kan...hehehhe.... nak bagi duit, aku belum tahap jutawan...insyaallah, doa-doakanlah yer....ok...ni dia untuk beliau....sori yer seneorita...curi gambar nak tepek kat kek kiter ni...kekeke....



SENEORITA BAHARIN
Sila klik pada nama beliau untuk berkenalan.... Sekian...
Sayang korang semua...

Wednesday, February 6, 2013

Header Pilihan Aku - Part 5

Kebetulan dah lama aku tak blogwalking jungle tracking dan sebagai nya... naik fedup blog aku tunggu aku bagai menuggu bulan jatuh ke riba.....

Apa yang aku nak ceritakan ni mungkin bukan penting bagi korang tapi penting gak bagi aku, sebab ni melibatkan seni beb....seni...bagi aku seni tu penting dalam kehidupan.... bukan setakat seni lukisan...seni suara...seni tulisan....seni rekaan... seni percakapan....semua itu memerlukan seni.... kalau tak seni, korang takkan bertemu dengan benda-benda cantik kat dunia ni.....tapi seni yang allah jadikan memang kita makhluk dia tak boleh nak lawan la kan....


ok...cerita aku agak ke laut daripada tajuk.... apa yang aku nak ceritakan ni melibatkan header blogger-blogger kita yang memang menarik perhatian.... ada yang pandai main dengan warna....ada yang pandai main dengan bentuk.... ada plak dengan animasi dan sebagainya... kali ni aku nak tunjukkan seni header yang menarik perhatian aku untuk tontonan semua.....ceh..bajet macam ramai jer pembaca blog aku kan...hahaha...dah dah.... jom tengok


 kalau tengok banner ni sejuk jer mata memandang....wanita yang dikelilingi tanam-tanaman..harum mewangi segar serta bak pelangi....uiceh wah


 Umie
 ok...header ni pulak bermain dengan pelbagai warna-warna.....jarang ada orang yang berani bermain warna dalam satu masa...salah salah khidmat boleh jadi seni ranggoli...hehehe...tapi header ni memang cantik....memang sesuatu yang berani


Header ni lak kene ngan tema dan tajuk blognya.... semua jenis pensel atau pena yang diletakkan....memang kene lah orang kata..... tak terkata....spechless
 

yang last ni....simple....macam seni kait gitu....teringat pulak kat mak aku yang suka sangat mengait alas2 meja....kusyen....baju baby aku pun dulu dia buat guna seni kait.... eh ape daaaaa aku membebel ni.....


kesimpulannya... mereka kreatif !!!! chaiyok!!!



Blog ni adalah blog peribadi ataupun personal.
Sebarang cerita dalam ni adalah dari saya sendiri.
Tiada sebarang copycat atau plagiat dari mana-mana cerita lain.
Ikhlas ucapan dari Queen Of Blog Collector (manzarina) perasan jap.
Jadilah Blogger yang Cemerlang Gemilang Terbilang Dijulang. Sekian.