Alih-alih cerita hantu la plak kan...ahak... bukan apa, aku ni memang suka jer tengok cerita hindi...tamil dan sewaktu dengannya... ada orang memang tak suka, contohnya macam orang lelaki la.. kebanyakkannya tak suka dengan cerita-cerita india ni... bak kata Tuan Bapak aku... "Mengantuk aku tengok cerita ni".. kalau lagu takpe, suka lak dia... hahaha half n half la tu kan... ada la gak skit minatnye tu..
---------------------------------------Skip---------------------------------------
sekarang ni aku nak perkenalkan korang dengan salah satu cerita hantu diaorang ni.... cerita ni memang besh.. tapi yang tak boleh blah, bila version setiap bahasa india semua ada.... tak caya? ok.. meh aku tunjuk...
Tajuk : Chandramuki
Versi : Tamil - Telugu
Hantu : Jyothika
Tajuk : Manichitrathazhu
Versi : Tamil - Malayalam
Hantu : Shobana
Tajuk : Aptharakshaka
Versi : Tamil - Kannada (Editing)
Hantu : Sandhya
Tajuk : Bhool Bhulaiyaa
Versi : Hindi (Hollywood)
Versi : Hindi (Hollywood)
Hantu : Vidya Balan
Nasib baik aku tak jumpa versi Benggali.... nak gak tengok kan.... hey bolleyyyy2!!!!!
Kalau korang tengok... atas ni semua cerita hantu yang sama.... yang jadi hantu lak semua cantik2 je semua... walhal cerita dia lebih kurang jer... melibatkan raja dan penari istana.... selain tu, cerita ni mengisahkan dendam si penari istana tu terhadap raja yang zalim.... so kalau korang tak pernah tengok lagi cari lah filem ni...
Yang aku hairan... banyak sangat version cerita hantu yang sama..... cuba kalau Perfileman Malaysia buat cerita hantu banyak version, semua version keluar... pening korang nanti... yela, mana taknya... version kelate, version nogori, version melaka...oh mak kau!! hahaha.... naye... kalau aku beli jer semua negeri punya version... hak3... pengarah mana pulak nak amik masa dari sebulan ke 14 bulan nak rakan semua jenis bahasa... belum masuk bahasa yang ada kat sabah sarawak lagi.... yang tak boleh bayangkan kalau versi kelate.... hantu sebut pulangkeeee bare ambo !!!!
yang terbaru, Chandramukhi 2... heroin dia memang cantik blake....
Persembahkan!!!
Tajuk : Nagavalli
Versi : Tamil - Telugu
Hantu : Anushka
Cerita ni memang aku belom tengok lagi.... tapi lebih kurang jer aku rasa... di sunting dari filem chandramuki yang pertama... sape ada cd boleh la bagi aku... hahaha...aku beli la kat korang kan.... nak bagi free pun boleh....
Gambar : Pontianak Harum Sundal Malam |
1. antu india tak perlu pakai bedak tebal2 12 inci
2. tak perlu beli kuku palsu
3. tak payah beli rambut palsu sebab diaorang pakai rambut asal diaorang....
4. cukup hanya tenyeh celak tebal2... kalau takde celak.. boleh pakai arang, minyak itam kenderaan, air longkang dan sebagainya.... jimat!!!
Itu lah kelebihan filem diaorang jimat.... yang tak jimat nye... asik tukau baju jer.... kan!! dah kluar ayat melaka aku.. wakakakaka......
1 Negative & Positive Comments:
chandramuki best