MANZARINA BLOGS
MANZARINA LINKS

WLA BANNER
MY MAGAZINE

MANZARINA TUA

Saturday, September 3, 2011

Macam-Macam Hal Sambungan!!!

Ok,jom kita sambung cerita yang seterusnya...sambungan dari cerita Macam-Macam Hal kali ni aku mulakan dengan kisah si bulat dan aku dalam situasi yang amat genting...selamat membaca ya


-----------------------------Buka Fail Kes----------------------------

Suatu hari, lepas aku balik kerja waktu pagi, aku terus tido hingga ke tengah hari....biasa la kan...aku plak takleh pose masa tu...sebelum tido aku melantak derian dulu....si bulat pun mengecek la kan.... lepas makan derian aku tido...lepas tu, terjadilah kisah antara aku dan bulat yang tak tentu arah nak carik tempat beranak...aku pun sedia kan kotak... dia tak nak plak...sudahnya...lantak lah!!! aku nak tido..


Masa aku nak tido, si bulat plak buat bising...

bulat : kak...aku nak terberanak dah ni...aku baru first time ni... tak reti camne nak beranak ek
aku : adoi ai kau ni bulat... jangan bising la akak nak tido ni (tak paham pun apa dia memekak)
bulat : perut aku meragam ni kak..tu sebab aku pusing2 keliling kau ni
aku : kau nak pusing, pusing la...jangan memekak sudah (terus sambung tido)
bulat : adeh...sakit bangat !!! cukup 7 pusingan, jadi hajah aku


(beberapa jam kemudian)


bulat : akaaaaaaakkkkk !!!! tolong kak....aku dah tak larat nak jerit dah (meow)

*aku yang tengah mamai ni pun bangun...nak jer aku marah... apesal si bulat menjerit-jerit sebelah aku ni..nak tido pun tak boleh...

kejadian yang mengerikan, bila si bulat beranak sebelah aku sambil membuka luas kaki dia... aku tengok lama-lama... ape pulak tu? tetiba..... ya allah!!!! bulaaat.... aku menjerit terkejut... anak si bulat dah keluar separuh, tinggal kepala jer... masa tu dia pandang jer aku sambil mengeow2... aku yang kesian tengok keadaan bulat, tolong jadi bidan...sumpah!!!! tak penah umur idop aku belajo bidang kedoktoran.... macam mana aku nak suh si bulat push push !!! tarik nafas bagai? dipendekkan cerita...aku tarik pelan-pelan anak dia....terkeluar darah ketuban dia.... eyyyyyyyyyyyyakkkkkk!!!!! ngilu aku...

Anak si bulat berjaya aku keluarkan...lepas tu aku terus basuh tangan... tolong carikkan bekas lain untuk si bulat...dalam pada aku mencari dan men searching.. si bulat menjerit-jerit lagi (dalam hati : si bulat ni nak beranak anak kedua plak ker?) arghhhh sudah!!! aku terus mencari bekas atau kotak dalam bilik aku...

tetiba..si bulat berjalan...aku tengok macam ada tali kat perut dia... terbarai terus...laaaa...belum abis rupanya...patut la dia menjerit... uri masih dlm perut dia lagi....hahaha...pastu aku terus bagi bekas kat bulat... dia takmo gakkk *ehh...ngada plak dia..pastu aku perhati jer dia nak buat ape kat anak dia

Ni masa baru lepas sambut anak si bulat...terus letak atas towel

Ni plak masa aku tengok si bulat nak buat apa dengan anak dia

rupanya...dia makan uri dia balik...pastu aku pandang lagi si bulat...satu jer anak ko? ceh!!! perut besar mengalahkan anak 8...

kalau korang nak tau...kucing tak beranak macam kita sekali gusss... lepas sejam dia beranak anak yang kedua..masa ni dia dah tak mintak tolong dah...branak sendiri dalam bilik.masa tu plak, aku dah nak pegi keje...kat tempat keje aku asik terpikir brape ekor la anak si bulat....balik esoknya, terus aku melawat si bulat..dapat 3 anak dah dia.... 2-jantan 1-betina..skang anak dia dah beso skit



tedia anak si bulat, dah beso dah... masa aku amik gambar ni...si bulat tepis tangan aku...tak bagi aku amik...malu katanya...


Yang ni pulak...adik aku tak nyempat-nyempat simpan songkok dalam bilik...sudahnya...songkok dia jadi bilik si tompok...hahaha..amik kau...nasib baik jadi bilik, kalau dibuat jadi jamban... sia-sia jerk

last, hal ni memang tak bleh diterima dek akal aku sampai sekarang...korang pikirlah sendiri lepas aku top up kredit untuk adik aku...



sepatah dua kata : kata orang..kucing ni malu nak beranak depan manusia kan....betul tak?

0 Negative & Positive Comments:

Blog ni adalah blog peribadi ataupun personal.
Sebarang cerita dalam ni adalah dari saya sendiri.
Tiada sebarang copycat atau plagiat dari mana-mana cerita lain.
Ikhlas ucapan dari Queen Of Blog Collector (manzarina) perasan jap.
Jadilah Blogger yang Cemerlang Gemilang Terbilang Dijulang. Sekian.